Ramai yang sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa sendiri semata-mata mahu kurus. Mereka sanggup membeli ubat-ubat pelangsingan yang dijual melata tanpa selidik kesan sampingan yang bakal diterima.
Banyak kes keracunan dilaporkan selepas mengambil ubat pelangsingan murah dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Keracunan yang teruk boleh membawa maut akibat kegagalan fungsi organ dalaman seperti hati dan buah pinggang.
Memang betul kebanyakan program pelangsingan badan memerlukan kos yang mahal dan menyeksakan tapi janganlah sampai tergamak mengambil ubat kurus yang tidak berdaftar dan beracun tu. Cubalah amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam, elakkan stress dan mengambil diet yang sihat.
Jumpalah pakar pemakanan iaitu dietitien untuk bantuan kaunseling pemakanan. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit sehari. Cuba tetapkan matlamat untuk kurangkan berat sedikit demi sedikit dan lebih realistik supaya kesannya berpanjangan.
Selain ubat kurus, banyak lagi produk yg dijual di luar sana mengandungi bahan terlarang atau racun. Tujuannya semata-mata nak memberi kesan yg serta-merta kpd pengguna. Biasalah orang, kalau kesannya cepat barulah produk tu dikatakan bagus tanpa memikirkan kesan buruknya dikemudian hari.
Sumber :
http://www.pharmacy.gov.my
Session expired
Please log in again. The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.