Salam semua, hari ini saya dah mula kerja sedangkan orang lain ramai lagi masih beraya. Maklumlah ramai yang sambung cuti sampai hujung minggu dan tak kurang yang ambil cuti sehingga Hari Merdeka. Hari raya memang hari makan sepuas-puasnya, yelah ganti makan untuk sebulan puasa katakan, tambahan mana boleh tahan kalau makanan enak-enak terhidang depan mata.
Namun dalam kegembiraan berhari raya jangan sampai terlebih makan terutamanya bagi yang berpenyakit diabetis, darah tinggi dan juga kolesterol tinggi. Penyakit kolesterol darah tinggi ini sebenarnya penyumbang utama penyakit jantung dan strok (angin ahmar) tapi ramai yang tak tahu sebab tiada simptom spesifik yang menunjukkan seseorang itu mengalami kolesterol tinggi berbeza dengan penyakit lain seperti diabetis dan tekanan darah tinggi.
Ujian darah ‘Coronary Risk Profile‘ atau ‘Lipid Profile‘ dilakukan untuk meneliti kandungan kolesterol dalam darah. Anda tidak semestinya berpuasa untuk melakukan ujian darah ini, berbeza dengan ujian ‘Fasting Blood Glucose‘ yang memerlukan anda berpuasa diantara 8-10 jam ketika darah diambil. Keputusan ujian darah kolesterol adalah seperti imej di atas, dimana ia mengandungi:
Untuk menganalisis keputusan itu anda perlu rujuk pada julat normal yang dinyatakan di sebelah kanan. Lebih senang bila bacaan yang tidak normal akan dihitamkan dan ditanda bintang seperti imej di atas. Ada dua ukuran yang biasa digunakan, iaitu mmol/L atau mg/dL bergantung pada makmal yang melakukan ujian tersebut. Sebagai panduan sila tengok imej di bawah ini.
http://www.webmd.com/cholesterol-management/ldl-cholesterol-the-bad-cholesterol
Session expired
Please log in again. The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.