Kongsikan jika bermanfaat

Sebab Saya Pindah Blogger Kepada WordPress

Kadang-kadang bila ingin mengambil keputusan yang kecil menjadi rumit jika tiada ilmu yang mendalam mengenainya. Itulah terjadi bila saya mengambil keputusan untuk berpindah dari Blogger kepada WordPress.

Awal pembabitan saya dalam dunia blog adalah kira-kira 8 tahun lalu. Ketika itu saya diajar untuk menggunakan platform blogging yang percuma. Masa itu tahap pengetahuan saya pada internet adalah zero.

Patutlah diajar zero cost marketing masa tu kan..

Sekarang dah berubah. Saya fikir kalau kita betul-betul serius nak buat duit secara online, kenalah melabur sikit. Belanja sikit dalam 10 persen daripada hasil berniaga untuk kos marketing. Barulah betul.

Kalau nak harapkan yang percuma saja bila jualan nak meletup.

Jadi saya ambil keputusan, pindah Blogger kepada WordPress. Biar orang nak kata saya lambat, tapi biarlah mungkin post saya membantu anda yang berada dalam situasi yang sama macam saya.

"Nak teruskan Blogger atau nak pindah ke WordPress?"

Sebab saya tukar kepada WordPress..

  • 1
    Ia adalah percuma. Blogging platform adalah percuma tetapi kena ada hosting dulu baru boleh install WordPress. Disini ada templet blog, plugin dan add-on percuma yang tak ada pada platform lain.
  • 2
    Sangat mudah untuk digunakan. Bagi saya sama saja jika dibandingkan dengan Blogger. Jika anda bermula dengan WordPress mungkin anda bersetuju dengan saya.
  • 3
    Ia selamat dan terjamin. WordPress sentiasa mengemaskini perisian komputer (software). Patutlah syarikat-syarikat gergasi seperti NASA, Time Magazine, blog unversiti menggunakan WordPress.
  • 4
    Ia sangat mudah untuk disesuaikan (customizable). Terdapat beratus-ratus templat untuk anda pilih, bermacam-macam plugin yang anda boleh tambah untuk menambah baik blog dari segi estetik ataupun prestasi blog.

Jadi, kalau anda baru nak bermula dunia blogging pilihlah WordPress. Dengarlah nasihat saya yang sudah berpengalaman ini.

Bukan saya kata platform lain tak bagus. Cuma saya memberi pendapat berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian.

Kalau anda inginkan tips mengenai blog atau website silalah subscribe ya.

About the Author Dr Hasbi

>