Khatan berasal daripada perkataan khitan yang bermaksud potong. Kebiasaannya juga disebut sunat. Posedur khatan adalah membuang kulit lebih yang menutup kepala zakar, iaitu kulup. Berkhatan adalah sebahagian daripada syiar Islam dan wajib keatas lelaki dan perempuan mengikut mazhab Syafie.
Disebabkan anatomi faraj anak-anak perempuan yang baru dilahirkan ada perbezaan, adakalanya bayi dilahirkan tanpa kulit yang meliputi klitoris, maka disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah.
Berkhatan bukan saja diamalkan oleh penganut agama Islam malah sudah ramai yang bukan beragama Islam berkhatan atas sebab kebaikan-kebaikan diatas. Klinik saya juga menerima ramai pelanggan dewasa yang berbangsa Cina dan India untuk berkhatan selain kanak-kanak Islam. Saya sendiri, Dr. Hasbi yang melakukan khatan di sini.
Sekiranya anda tinggal berhampiran bolehlah datang ke Klinik Dr Hasbi di Bandar Puteri Puchong untuk mendapatkan khidmat khatan atau menelefon klinik di talian 03-5882 3894 untuk sebarang pertanyaan. Harga khatan untuk kanak-kanak lelaki adalah termasuk bius dan ubat-ubatan selepas khatan sehingga sembuh.
Kami juga menerima jemputan majlis khatan beramai-ramai di luar klinik seperti di masjid atau dewan. Sebelum ini pihak kami pernah mengadakan majlis khatan untuk 300 oarang kanak-kanak lelaki oleh 20 orang doktor dengan bantuan staf-staf yang berpengalaman. Sila hubungi klnik saya untuk maklumat lanjut mengenai kos dan prosedurnya.
Sumber rujukan khatan: http://www.e-fatwa.gov.my/
Session expired
Please log in again. The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.