Alhamdulillah sekali lagi kami telah berjaya mendapatkan tiket melancong percuma dan kali ini kami akan ke Bangkok, Thailand. Walaupun hanya negara jiran tetapi saya rasa sangat teruja kerana belum pernah menjejakkan kaki ke Negara Gajah Putih tersebut. Kami dijangka bertolak ke Bangkok pada 25 Ogos ini dan balik semula ke tanahair pada 28 Ogos 2015.
Rencana perjalanan sudah dapat jadi sekarang kami hanya menunggu ketibaan hari yang dinanti-nantikan itu. Dari segi persiapan rasanya tidaklah risau sebabnya sudah pasti cuaca dan suasana di Bangkok tak jauh bezanya dari Malaysia. Maklumlah kat sini pun makan beras siam, masakan siam di merata-rata tempat dan banyak barangan dari siam yang boleh dibeli di sini.
Session expired
Please log in again. The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.