Kongsikan jika bermanfaat

Ketahui 7 Sebab Susah Nak Tidur Malam

Saya nak anda ketahui 7 sebab susah nak tidur malam kerana mungkin anda salah seorang yang mempunyai masalah ini.

Bayangkan sudah dua jam anda baring cuba hendak tidur tapi mata masih tak mahu lelap. Anda bingung dan tak tahu kenapa dan nak buat macamana.

Susah nak tidur berpunca beberapa sebab. Kadang-kadang saya sendiri pun ada masalah nak melelapkan mata.

Isteri saya Adibah memang sudah faham sangat kalau lepas pukul 4 petang saya tak akan ambil minuman berkafein seperti teh, kopi atau nescafe.

susah nak tidur

Walaupun jika menjadi tetamu di rumah orang, jika dihidang air nescafe terus isteri saya akan beritahu tuan berkenaan hal ini.

Alasannya, saya nak jaga kesihatan. Tapi sebenarnya kalau saya minum kafein selepas jam 4 petang saya akan terjaga sampai pukul 3-4 pagi. Memang seksalah kalau nak tidur tapi mata tak mahu lelap sampai berjam-jam atas katil.

Anda pun mungkin ada masalah susah nak tidur tapi apa puncanya?

Disini saya beri 7 sebab kenapa susah nak tidur malam:

  • 1
    Banyak mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi, nescafe atau coklat terutamanya selepas waktu petang. 
  • 2
    Mengambil makanan berat seperti makan malam sejam sebelum masuk waktu tidur.
  • 3
    Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dekat dengan waktu tidur.
  • 4
    Tidur siang terlalu banyak terutamanya selepas waktu zohor dan asar.
  • 5
    Melakukan aktiviti atau kerja yang memerlukan banyak berfikir seperti kerja sehingga lewat malam.
  • 6
    Terlalu banyak fikir seperti memikirkan masalah tempat kerja, masalah rumahtangga dan masalah kewangan.
  • 7
    Mempunyai masalah kesihatan seperti sakit belakang, sakit artritis atau sakit mental seperti kemurungan dan sebagainya.

Ada ke rawatan susah tidur malam?

Jika anda mengalami masalah susah tidur mungkin anda menghidap penyakit insomnia. Sebaiknya anda berjumpa doktor untuk mencari punca sebenar dan diberi rawatan yang tepat.

Jika masalah sukar tidur disebabkan perkara 1-5 saya cadangkan anda ubah gaya hidup dan berhenti melakukannya.

Jika punca anda adalah nombor 6, saya nasihatkan anda mencari penyelesaian dengan segera kepada masalah yang anda sedang fikirkan.

Paling akhir. Sekiranya anda mempunyai masalah nombor 7, saya nasihatkan anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan dengan segera untuk penyakit yang anda sedang hidapi.

Rumusan kepada masalah susah tidur

  • Masalah susah nak tidur atau nak lelapkan mata waktu malam sebenarnya berpunca daripada gaya hidup seseorang itu sendiri.
  • Selain gaya hidup, masalah kesihatan adalah sebab kenapa seseorang itu susah nak tidur malam.
  • Masalah susah nak tidur seharusnya tidak dipandang remeh kerana kurang tidur yang berterusan akan mendatangkan pelbagai penyakit lain yang lebih berbahaya.
  • Pil tidur bukanlah satu-satunya rawatan untuk masalah tidur dan ia bukanlah pilihan pertama bagi doktor untuk merawat masalah ini. Pil tidur mempunyai kesan sampingan yang perlu anda hati-hati.

About the Author Dr Hasbi

>