Menurut pengamatan saya, ramai pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan tidak sedar yang penyakit mereka berpunca daripada masalah tidur mereka sendiri. Mereka sangka tidur tak bermasalah tetapi rupanya menghidap insomnia.
Kekurangan tidur boleh memberi kemudaratan kepada badan anda dalam jangka masa pendek. Lama kelamaan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan kronik dan memberi impak negatif kepada kualiti hidup anda.
Oleh itu, saya nak berkongsi 7 kesan buruk keatas tubuh anda sekiranya tidak dapat tidur yang mencukupi dan berkualiti.
Secara umum, kanak-kanak dan orang dewasa yang mendapat tidur yang terlalu sedikit cenderung untuk mempunyai berat badan lebih daripada orang-orang yang mendapat tidur yang cukup.
Jika tidur lambat beberapa hari pun sudah nampak kesan lebam dikeliling mata dan kulit kelihatan tidak bermaya. Apatah lagi kalau kurang tidur berpanjangan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kusam, bergaris halus, dan bulatan hitam dibawah mata.
Selain itu jika tak cukup tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon stres kortisol. Hormon kortisol yang berlebihan akan meleraikan kolagen dalam tubuh, iaitu sejenis protin yang mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit.
Kurang tidur juga menyebabkan tubuh kurang menghasilkan hormon tumbesaran (growth hormone). Semasa muda, hormon tumbesaran menggalakkan pembesaran. Bila semakin tua, hormon ini meningkatkan otot, menyihatkan kulit dan menguatkan tulang.
Malangnya hormon ini hanya dihasilkan ketika tidur sedang lena, dimana gelombang otak adalah perlahan ketika tidur. Ketika inilah berlaku pemulihan sel dan tisu tubuh, membaiki kerosakan tisu semasa kita jaga sepanjang hari.
Tidur sangat penting untuk meningkatkan daya tumpuan berfikir. Kurang tidur memberi kesan yang negatif kepada proses pemikiran dari banyak segi.
Pertama, ia melemahkan daya fokus, daya sedar, akal logik, cara berfikir dan daya fikir menyelesaikan masalah. Ini akan menyukarkan proses pembelajaran.
Kedua, semasa tidur pada waktu malam, kitaran tidur akan menyimpan memori di dalam otak. Jika anda tak cukup tidur, anda tak akan dapat mengingat apa yang dipelajari dan dialami pada siang hari.
Cuba nak kekalkan daya memori yang kuat? Cuba dapatkan tidur yang mencukupi. Pada 2009, saintis Amerika dan Perancis mendapati “gelombang otak yang tajam” bertanggungjawab untuk menguatkan memori.
Gelombang ini juga memindahkan informasi yang dipelajari ke bahagian otak neokortex dimana memori lama disimpan. Gelombang ini hanya berlaku ketika kita tidur nyenyak.
Pakar terapi tidur berkata, wanita dan lelaki yang kurang tidur dilaporkan kurang bernafsu seks. Beberapa punca nyata seperti kehabisan tenaga, mengantuk dan tekanan emosi memberi kesan negatif kepada keinginan seks.
Lelaki yang menghidap apnea tidur, iaitu masalah pernafasan yang mengakibatkan gangguan tidur, juga menjadi punca masalah seks.
Kajian yang dilakukan dalam tahun 2002, mengatakan ramai lelaki yang menghidap apnea tidur mempunyai kadar testosteron yang rendah berbanding biasa.
Dalam banyak sebab kenapa kita perlukan tidur yang bagus, mungkin anda tak rasa ia paling penting untuk menjaga kesihatan jantung. Tetapi sebenarnya betul, beberapa kajian menunjukkan kaitan diantara tempoh masa tidur yang pendek iaitu kurang daripada 6 jam akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Namun menurut Phyllis Zee, MD, PhD, seorang profesor neurologi dan pengarah Program Penyakit Tidur di universiti perubatan di Amerika berkata, “Kekurangan tidur tidak semestinya menyebabkan penyakit jantung, tetapi ia sememangnya meningkatkan risiko penyakit jantung.”
Menurut saintis neuro Dr. Sigrid Veasey, Profesor Madya Perubatan dan ahli Pusat Tidur dan Circadian Neurobiologi di Perelman School of Medicine, mereka telah dapat menunjukkan kehilangan tidur menyebabkan kehilangan sel otak iaitu sel neuron.
Kajian berasingan pula menunjukkan bahawa jika anda tidak dapat tidur yang berkualiti, anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami demensia teruk lebih awal.
Hanya satu malam sahaja tak tidur boleh menyebabkan seseorang mempunyai fenomena yang dipanggil “tidur mikro” atau terlelap keesokan harinya. Seseorang yang sangat mengantuk akan mula terlelap sekejap-sekejap selama hingga 30 saat.
Session expired
Please log in again. The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.